Pelayar web Mozilla Firefox kini berdepan penurunan bilangan pengguna hampir 46 juta dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, menurut Public Data Report.
Kemerosotan ini mencetuskan kebimbangan terhadap satu-satunya pelayar web terakhir yang mampu mencabar hegemoni Apple Safari dan Google Chrome.
Lebih kerap dirujuk sebagai Firefox, pelayar web dari Mozilla ini mula meningkat popularitinya pada 2002 dengan tujuan utamanya merampas monopoli Internet Explorer dari Microsoft. Bagaimanapun, kemunculan Chrome yang diperkenalkan oleh Google telah mula mengubah keadaan dunia web.
Sebelum ini pada tahun 2018, pengguna aktif pelayar web desktop Firefox pernah mencatatkan sebanyak 244 juta pengguna dalam sebulan. Namun, angka ini mula berkurangan sehingga ke bawah dari 50 juta pada tahun-tahun berikutnya.
Keadaan banyak disebabkan oleh faktor pelayar web Chrome sendiri yang kebanyakannya telah siap dipasangkan pada kebanyakan peranti Android. Serta pelayar Safari yang sememangnya pada peranti Apple. Malah, Microsoft Edge juga merupakan pelayar web lalai pada mana-mana PC Windows. Atas sebab itu, agak sukar untuk Firefox memecahkan monopoli pelayar-pelayar web berkenaan.
Secara amnya, kebanyakan pelayar web akan dioptimasikan berdasarkan Chrome pada hari ini. Malah, enjin carian Google juga mempromosikan pelayar webnya sendiri menerusi jumlah pengguna hariannya yang mencecah billion.
Terdapat usaha yang telah dilakukan oleh Firefox untuk kekal kompetitif dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini seperti perlindungan penjejakan. Namun, ianya tidak memadai tanpa usaha peningkatan prestasi yang ketara. Antaramuka yang tidak konsisten seperti pada Firefox 89 juga memburukkan lagi keadaan.
Buat masa ini jumlah pengguna aktif bulanan Firefox berada pada purata 198 juta setiap bulan pada penghujung suku kedua 2021. Walaupun sedang berdepan dengan kemerosotan jumlah pengguna, Firefox akan kekal berada di internet dalam tempoh terdekat ini.