Utama Teknologi Zoo

Zoo

1345
5

Penat pulang dari majlis perkahwinan di Johor Bahru tempoh hari masih lagi belum hilang. Entah kenapa pening kepala dari tengah hari semalam masih lagi belum hilang.

Aku ni, nama je anak askar. Panas terik sikit dah tak boleh tahan lagi dah. Mungkin kesan daripada rutin kerja harian yang terperuk di dalam pejabat yang berhawa dingin.

Berbalik kepada cerita ke Johor Bahru tadi, keesokan harinya tu, kami bercadang ronda-ronda keliling bandar Johor Bahru. Ye la, bukan selalu nak dapat jalan jauh. Sambil ronda-ronda tu, terdetik idea untuk singgah ke Zoo Johor.

Ikutkan malas nak pergi Zoo Johor tu sebab keadaan cuaca pada tengah hari tu yang terik. Tapi memandangkan dah alang-alang sampai ke Johor Bahru dan atas faktor kadar bayaran tiket masuk yang serendah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak, aku gagahkan juga.

Punyalah seronok Hani dapat tengok haiwan-haiwan kat dalam Zoo Johor tu sampai tak larat aku dan wife nak follow.

5 KOMEN

  1. Zoo… dah lama gila tak jejak kaki ke zoo, bebudak kecik mmg suka habis kalo pi zoo, eloklah tu hg pi bwk ank2 tengok haiwan2 yg rare kat situ, selagi haiwan tu semua masih belum pupus…

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.