Utama Telco YTL YTL Communications jamin telefon YES Altitude 3 selamat untuk digunakan

YTL Communications jamin telefon YES Altitude 3 selamat untuk digunakan

778
0

Berikutan insiden-insiden telefon pintar terbakar yang melibatkan model YES Altitude 3 pada minggu lepas, YTL Communications tampil mengeluarkan kenyataan bagi menjamin keselamatan telefon terbabit.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pihak syarikat telah menjalankan siasatan punca kebakaran tersebut dan telah dibawa ke makmal untuk dibedah siasat.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh pihak YTL Communications, kedua-dua telefon tersebut didapati tidak meletup kerana paparannya masih lagi boleh berfungsi. Di dalam insiden pertama, isu tersebut berpunca dari baterinya dan telefon berkenaan masih lagi boleh berfungsi dengan bateri baharu.

Manakala untuk insiden kedua pula, dilaporkan telefon berkenaan telah diterima oleh Encik Mohd Najif Ahmad sejak dari Ogos 2020 di bawah inisiatif Learn From Home dari YTL Foundation. Menurut laporan, telefon berkenaan dicas menggunakan pengecas pihak ketiga dan kabel lama pihak ketiga ketika kejadian.

Rakan pengeluaran YTL Communications, China Mobile dan UTime Limited juga melakukan audit pengeluaran dan semakan kawalan kualiti bagi telefon YES Altitude 3. Didapati telefon pintar YES Altitude selamat untuk digunakan dan telah disahkan mematuhi piawaian kesemua persijilan keselamatan dan kesihatan antarabangsa, termasuk CE (Conformitè Europëenne).

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Encik Wing K Lee turut memberikan jaminan telefon-telefon keluarannya adalah selamat. Beliau turut mengingatkan pengguna supaya hanya menggunakan pengecas asli yang dibekalkan bersama-sama model telefonnya. Selain itu, pengguna juga diingatkan untuk menggunakan kabel pengecas yang menerima persijilan kualiti dari SIRIM dan berada di dalam keadaan elok.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.