Utama Telco YTL Yes tawarkan Akses Rangkaian 5G Pakej Perpaduan; Terhad pada Kelajuan 3Mbps

Yes tawarkan Akses Rangkaian 5G Pakej Perpaduan; Terhad pada Kelajuan 3Mbps

561
0
Yes Pakej Perpaduan 5G 3Mbps

Pelan internet mudah alih prabayar Pakej Perpaduan secara rasminya dilancarkan pada Selasa lalu, 28 Februari 2023. Pakej berkenaan ditawarkan dengan data 30GB pada kelajuan 3Mbps untuk tempoh sah 180 hari pada harga RM30.

Ia ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan termasuk Yes yang pada hari ini menawarkan akses rangkaian 5G dan 4G kepada pengguna pelan prabayarnya melalui pakej tersebut.

Bagaimanapun, pengguna hanya boleh menggunakan rangkaian tersebut pada kelajuan yang dihadkan pada 3Mbps sahaja sungguhpun menggunakan rangkaian 5G.

Dalam pada masa yang sama, Yes turut menyatakan keterujaan menawarkan Pakej Perpaduan kepada para pelanggannya untuk menikmati akses ke rangkaian 5G pada kelajuan 3Mbps menerusi laman rasminya di Twitter.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.