Utama Telco YTL Yes 5G kini menawarkan Broadband 5G Tanpa Had, Tanpa Kontrak pada Harga...

Yes 5G kini menawarkan Broadband 5G Tanpa Had, Tanpa Kontrak pada Harga RM58 sebulan

77
0

Yes 5G memperkenalkan tawaran baharu jalur lebar tanpa wayar 5G yang lebih murah berbanding pelan U Home 5G dari U Mobile. Bagi anda yang mendapatkan SIM jalur lebar tanpa wayar 5G tanpa kontrak dan tanpa had laju, Yes memperkenalkan pilihan Flexi baharu yang berharga RM58 sebulan.

Berbeza dengan tawaran 5G Yes sebelum ini yang menetapkan kelajuan 5G pada 120Mbps, pelan jalur lebar tanpa wayar 5G baharu ini menawarkan data 5G tanpa had dengan kelajuan 5G tanpa had. Ini bermakna, anda boleh menikmati kelajuan 5G yang lebih pantas mengikut keupayaan rangkaian Digital Nasional Berhad (DNB) di lokasi berkenaan.

Pilihan Yes 5G Wireless Broadband Flexi baharu ini ditawarkan dengan hanya kad SIM sahaja dengan RM58 sebulan tanpa kontrak. Pelan ini menawarkan data dan kelajuan rangkaian 5G tanpa had. Jika anda berada di kawasan luar daripada liputan rangkaian 5G DNB, pelan ini masih menawarkan akses rangkaian 4G tanpa had kelajuan. Namun masih lagi menetapkan kuota penggunaan rangkaian 4G sebanyak 100GB sebulan.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan router 5G, Yes menawarkan Yes 5G Wireless Broadband Gateway pada harga RM99 sebulan. Pakej pukal ini hadir dengan penghala (router) Infinite Gateway 5G WiFi 6 yang bernilai RM1,199.

Bagaimanapun, pelan ini didatangkan bersama-sama kontrak selama 24 bulan. Penawarannya masih sama dengan pakej Flexi, cuma dibezakan pada kuota penggunaan data 4G sebanyak 150GB sebulan.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Yes 5G Wireless Broadband.

Artikel sebelum iniKabel USB-C iPhone 15 dikatakan hanya mampu sokong kelajuan sehingga USB 2.0 sahaja
Artikel seterusnyaImej pengolokan tertiris tunjuk beza yang dijangka antara Galaxy S24 Ultra dengan iPhone 15 Ultra
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.