Yahoo Answers akan mula ditutup pada 4 Mei 2021. Laman web ini yang wujud sejak dari 2005 merupakan platform soal jawab paling lama bertahan di internet.

Proses penutupan platform ini akan bermula pada 20 April ini dengan tiada hantaran baharu akan diterima selepas tarikh berkenaan.

Bagi pengguna yang ingin memuat turun arkib kandungan yang telah dihasilkan sendiri, anda masih dibenarkan untuk memuat turunya selepas 4 Mei dan dilanjutkan sehingga 30 Mei.

Selepas proses penutupan berkenaan selesai, pengguna akan dihalakan terus ke laman utama Yahoo. Penutupan ini dibuat selepas Yahoo melihat akses ke platform berkenaan yang kian merosot.

Antara punca kemerosotan ini adalah apabila Google turut menyertakan ruangan soal jawabnya sendiri. Kaedah menjawab soalan yang digunapakai Google juga jauh lebih memudahkan pengguna.

Berbanding platform yang lebih terkini, kualiti jawapan yang disediakan oleh pengguna Yahoo Answer kian merosot. Hal ini seterusnya telah menyebabkan jumlah kunjungannya mulai merosot.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.