Telefon pintar flagship terbaru dari Xiaomi, Mi 6 akan diumumkan pada minggu hadapan 19 April 2017 dan akan ‘mewarisi’ kesinambungan Xiaomi Mi 5. Selain dari tarikh pelancaran, tidak banyak maklumat sahih yang diketahui berkenaan Xiaomi Mi 6 ini.
Khabar angin mengatakan ianya akan hadir dalam dua model, Mi 6 standard dengan paparan 5.1-inci dan model yang lebih besar, Mi 6 Plus hdir dengan paparan 5.7-inci. Kedua-duanya akan dilengkapi dengan chipset Qualcomm yang terbaru, Snapdragon 835.
Spesifikasi Xiaomi Mi 6 dan Xiaomi Mi 6 Plus turut dibezakan dengan pilihan kapasiti storan dalaman dan RAM. Mi 6 hadir dengan pilihan storan 64GB dan 128GB berserta RAM 4GB. Manakala Mi 6 Plus pula dikatakan akan hadir dengan RAM 6GB dan tiga pilihan storan – 64GB, 128GB dan 256GB.
Bagaimanapun, kesemua maklumat ini hanyalah sekadar khabar angin sahaja setakat ini dan masih belum disahkan oleh pihak Xiaomi lagi.
Segala maklumat berkaitan dengan telefon pintar flagship dari Xiaomi ini hanya dapat disahkan pada tarikh pelancarannya sebagaimana yang telah ditetapkan. Mungkin, Xiaomi bakal memberikan beberapa kejutan sebagaimana yang telah dilakukan sewaktu pelancaran Xiaomi Mi Mix baru-baru ini.
Spesifikasi Xiaomi Mi 6 (Khabar Angin)
- Paparan: 5.15-inci FHD
- Sistem operasi: Android 7.1.1 Nougat
- Chipset: Qualcomm Snapdragon 835
- Memori: 4GB/6GB
- Storan: 32GB/64GB/128GB Storage
- Kamera hadapan: 8MP
- Kamera belakang: 12MP
- Bateri: 3,200mAh
Sumber maklumat diperoleh dari Forum MIUI














SA mmg guna mi note 2..best hp ni..especially bab camera..nak tukar or nak beli yg model baru blom lg kot…