Mi 11 Lite Malaysia

Selain dari memperkenalkan Mi 11 Ultra dan Mi 11 Pro, Xiaomi turut melancarkan model Mi 11 lain – Mi 11i, Mi 11 Lite 5G dan Mi 11 Lite. Salah satu dari model berkenaan, Mi 11 Lite telah disahkan akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan hadapan.

Xiaomi telah mengesahkan Mi 11 Lite akan di pasaran tempatan pada 6 April ini dan model menawarkan spesifikasi yang sedikit rendah berbanding model standard.

Dilengkapkan dengan paparan AMOLED 6.55-inci FHD+ yang juga mempunyai kadar penyegaran semula 90Hz, Mi 11 Lite dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 732G. Di Malaysia, telefon ini hanya menawarkan satu pilihan konfigurasi iaitu RAM 8GB dan storan 128GB sahaja.Mi 11 Lite

Dari sudut fotografinya, Mi 11 Lite menawarkan sebuah kamera 64MP sebagai kamera utamanya. Ianya turut digandingkan dengan sebuah kamera ultra-lebar 8MP dan kamera telemakro 5MP. Tidak ketinggalan, sebuah kamera swafoto 16MP juga disediakan pada sebelah hadapannya.

Sama seperti model Mi 11 lain, Mi 11 Lite turut menyediakan dwi-pembesar suara dengan audio beresolusi tinggi. Selain pengimbas cap jari di sisinya, telefon ini turut menyediakan bateri berkapasiti 4,250mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Untuk harganya, Mi 11 Lite akan dijual di pasaran Malaysia untuk RM1,199. Bagi meraikan pelancarannya, Xiaomi menawarkan satu set khas produk-produk Xiaomi untuk 500 pelanggan pertamanya yang membuat pembelian di 20 lokasi terpilih.

Set khas ini mengandungi Mi Ionic Hair Dryer, Mi True Wireless Earbuds Basic 2, dan Mi Watch Lite. Bagaimanapun, hanya 25 set diperuntukkan bagi setiap premis yang mengambil bahagian.

Mi 11 Lite 5G yang dilengkapkan dengan cipset Snapdragon 780G juga dikhabarkan akan dilancarkan ke Malaysia kelak. Cuma, maklumat mengenai tarikh pelancarannya akan diumumkan kemudian.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.