Home Mobile Aplikasi Kemaskini WhatsApp terbaru benarkan pengguna ubah Wallpaper mengikut Chat

Kemaskini WhatsApp terbaru benarkan pengguna ubah Wallpaper mengikut Chat

37
0

WhatsApp baru-baru ini telah mendedahkan kemaskini terbarunya yang akan datang membenarkan pengguna mengubah hiasan latar belakang mengikut ruang borak masing-masing. Ini membolehkan pengguna menjadikan ruang borak pengguna lebih trampil dan unik.

Selain dari penambahan baharu ini, platform permesejan peribadi turut menyediakan lebih banyak warna untuk hiasan latar belakang lalainya. Pengguna juga turut diberikan lebih kawalan dengan keupayaan mengubah hiasan latar berkenaan dengan melaraskan kecerahan imej tersebut.

Kemaskini terbaru ini juga turut memperlihatkan beberapa peningkatan pada sistem carian pelekat WhatsApp dengan membolehkan pengguna mencari pelekat-pelekat berdasarkan teks atau emoji, atau juga melalui kategori.

WhatsApp juga memperkenalkan pek pelekat tema “Together at Home” WHO versi baharu yang beranimasi. Menurutnya, pek ini merupakan salah satu tema pelekat yang paling popular di kalangan pengguna di seluruh dunia.

Kemaskini baharu WhatsApp ini dijadualkan bakal menemui pengguna pada minggu ini dengan sebahagian pengguna iOS sudah pun menerimanya lebih awal.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.