Acara pelancaran telefon pintar Samsung dijadualkan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi dari sekarang. Oleh yang demikian, tidak hairan jika semenjak dua-menjak ini semakin kerap maklumat-maklumat berkenaan telefon pintar berkenaan tertiris.
Sebelum ini banyak maklumat berkenaan Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10, dan Galaxy S10+ sudah tertiris hingga menimbulkan pelbagai desas-desus. Cuma untuk kali ini, imej pengolokan untuk Galaxy S10, dan Galaxy S10+ didedahkan secara rasminya untuk sebaran media.

Kesemua 18 imej pengolokan untuk kedua-dua telefon pintar ini mendedahkan keseluruhan bahagian kecuali bahagian atas dan bawahnya sahaja. Imej-imej ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Roland Quandt dari WinFuture melalui ringkasan berikut:
- Samsung Galaxy S10E (6GB RAM/128GB ROM): Prism Black, Green, White, Canary Yellow
- Samsung Galaxy S10 (6GB RAM/128GB ROM atau 8GB RAM/512GB ROM): Prism Black, Green, White, Blue
- Samsung Galaxy S10+ (6GB RAM/128GB ROM atau 8GB RAM/512GB ROM): Prism Black, Green, White, Blue
- Samsung Galaxy S10+ (12GB RAM/1TB ROM): Ceramic White, Ceramic Black

Sehingga itu, kita nantikan acara Samsung Unpacked yang bakal berlangsung dalam tempoh kurang dari 3 minggu bermula dari hari ini.
Sumber berita diperoleh dari GSM Arena