Utama Mobile Android Xiaomi lancarkan Mi 5c, telefon pintar pertama dengan SoC Xiaomi

Xiaomi lancarkan Mi 5c, telefon pintar pertama dengan SoC Xiaomi

823
0

Xiaomi turut mendedahkan kehadiran telefon pintar Mi 5c bersama-sama chipset pertama keluarannya, Surge S1. Telefon pintar Xiaomi Mi 5c, model keempat Xiaomi Mi 5 ini dilengkapi cip pemprosesan Surge S1 dan merupakan yang pertama seumpamanya menggunakan chipset berkenaan.

Selain dari penggunaan chipset keluaran sendiri, Mi 5c turut menawarkan paparan HD Penuh 5.15 inci beresolusi 2,560 x 1,600 bersama-sama RAM LPDDR3 saluran berganda 3GB. Ia juga turut hadir dengan storan dalaman 64GB eMMC 5.0. Telefon pintar ini didatangkan bersama dengan kerangka logam dan penderia cap jari.

Untuk bahagian fotografi telefon pintar ini, ia menawarkan kamera belakang 12 MP dengan penderia 1.25μm dilengkapi dengan fungsi PDAF dan HDR. Bersama-sama lensa sudut luas 27mm 6 elemen f/2.2 dengan pencahayaan flash LED.

Bagi kamera hadapan pula, ia hadir dengan kamera 8MP bersama-sama lensa sudut luas f/2.0 27mm. Tidak ketinggalan, telefon pintar ini turut didatangkan bersama-sama bateri berkapasiti 2,860 mAh yang menyokong pengecasan pantas 9V/2A melalui labuhan USB Type-C yang disediakan. Harga yang ditawarkan adalah 1,499 Yuan (bersamaan lebih kurang RM970). Tarikh Xiaomi Mi 5c hadir ke pasaran masih lagi belum dinyatakan setakat ini.

Spesifikasi Xiaomi Mi 5c

  • Paparan: 5.15-inch dengan resolusi 2,560 x 1,600
  • Dimensi: 5.6×2.7×0.27 inches (144.4×70.7×7.1mm)
  • Pemprosesan: 2.2GHz octa-core Surge S1 processor
  • Kamera belakang: 12 megapiksel
  • Kamera hadapan: 8 megapiksel
  • Memori: LPDDR3 3GB
  • Storan dalaman: 64GB
  • Bateri: 2,860mAh (tidak boleh ditanggalkan)
  • Sistem Operasi: Android 7.1 Nougat
  • Pilihan warna: Rose Gold, Black dan Gold

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.