Xiaomi 17T Pro telah muncul di pangkalan data SIRIM Malaysia pada 2 April 2026. Ini memberi petanda kuat siri peranti tersebut akan dilancarkan di pasaran tempatan lebih awal daripada kebiasaan.
Penyenaraian di laman web rasmi badan piawaian tersebut menyokong laporan rancangan untuk menganjakkan ke depan jadual pelancarannya pada tahun ini.
Walau bagaimanapun, setakat pemerhatian terkini, hanya model 17T Pro sahaja yang dikesan. Manakala varian standard Xiaomi 17T masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data berkenaan.
Siri ini mungkin membuat penampilan sulung seawal bulan Mei, kira-kira empat bulan lebih awal daripada jadual kebiasaannya.
Sebagai rujukan, model generasi sebelumnya iaitu siri Xiaomi 15T telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan September tahun lalu.
Buat masa ini, hanya peranti Xiaomi 17T Pro yang telah menerima kelulusan agensi piawaian Malaysia.
Pemerhati industri teknologi kini sedang menantikan pengumuman rasmi berserta butiran harga daripada Xiaomi dalam masa terdekat.








