Utama Perkakasan LG Terangi Dunia Anda dengan LG OLED Evo Yang Baharu

Terangi Dunia Anda dengan LG OLED Evo Yang Baharu

TV LG OLED Evo terkini mempamerkan kecerahan yang tinggi, saiz yang pelbagai, melalui rekaan yang lebih kemas dan diperbaharui.

21
0
LG OLED Evo TV

PETALING JAYA, 3 Ogos 2022 — LG Electronics (LG) telah melancarkan barisan model TV yang termaju, yang didepani oleh LG OLED evo TV terbarunya yang menjanjikan untuk menerangi Dunia Anda. Setiap piksel berkebolehan bercahaya sendiri, yang boleh dihidupkan serta dimatikan untuk mencapai warna hitam yang sempurna dan kontras yang tak terhingga.

Dengan warna-warna yang lebih cerah, pemproses baru yang lebih maju dan bezel yang lebih larus serta lebih nipis, TV OLED LG yang paling diminati ramai ini akan mengevolusikan pengalaman tontonan pengguna kepada tahap yang tidak pernah dinikmati sebelum ini.

Selain dari LG OLED evo TV, LG amat berbangga untuk memperkenalkan barisan LG Soundbar terbaru yang melengkapi TV OLED. LG Soundbar menawarkan keunggulan, design yang unik dan mengujakan, pengalaman bunyi yang terbaru sambil memastikan bunyi yang mengasyikkan untuk pawagam rumah, musik dan permainan video.

Dengan teknologi OLED LG yang tercanggih, barisan model pilihan OLED Evo yang baru ini sememangnya berada di dalam kategori mereka tersendiri. Ia berada pada tahap evolusi OLED yang baru, di mana OLED evo berupaya menghasilkan 100 peratus tona warna dan ketepatan warna bagi menghasilkan imej yang hampir dengan kehidupan sebenar serta kejelasan dan perincian yang menakjubkan.

Teknologi Brightness Booster dari LG

Dikuasakan oleh pemproses AI LG terbaru ∝ (Alpha) 9 Gen 5, teknologi Brightness Booster membolehkan TV dengan secara automatik memberikan kecerahan yang lebih baik melalui kaedah pelesapan haba yang lebih baik serta algoritma yang lebih maju. 

“TV OLED LG telah merubah semula segmen TV premium untuk menjadi pilihan utama bagi berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Sebagai peneraju segmen ini selama sembilan tahun kebelakangan, kami komited untuk memberikan para pengguna pengalaman terbaik.

LG OLED evo yang baharu adalah direka untuk memberikan pelbagai pengalaman tontonan bagi semua jenis pengguna berdasarkan keperluan dan gaya hidup mereka — sama ada kepelbagaian itu adalah besar atau kecil seperti untuk menonton filem atau sukan dan bermain permainan video atau sebagai tambahan estetik kepada seisi rumah,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

Jenama TV OLED no. 1 dunia selama sembilan tahun berturut-turut ini, membawa barisan model TV yang ‘bercahaya sendiri’ terkini ke Malaysia, terutamanya bagi pengguna yang mahukan visual yang menakjubkan ketika menonton filem kegemaran mereka secara selesa di rumah mereka atau bermain permainan konsol bersama rakan-rakan. TV ini juga mempunyai reka bentuk yang larus dan anggun dengan bezel yang lebih nipis untuk menambahkan nilai estetika dalaman rumah. 

Lebih bijak dan cerah

Pemproses AI α9 Gen 5 di dalam OLED evo TV memanfaatkan teknik pembelajaran mendalam untuk meningkatkan prestasi dan berupaya menghasilkan kualiti gambar yang lebih tajam dengan menjadikan elemen latar depan dan latar belakang lebih berbeza antara satu sama lain.

Teknologi OLED LG dibina dalam siri G2 dan C2, merevolusikan cara pengalaman hiburan dalam rumah. Kedua-dua siri G2 dan C2 dikenali dengan CES 2022 Innovation Awards atas menetapkan nada dibelakang prestasi yang seimbang. LG OLED evo TV menawarkan ketepatan yang terperinci, untuk gambar yang realistik kepada penonton.

Pemproses AI α9 Gen 5 OLED evo TV memanfaatkan pembelajaran mendalam untuk mempertingkatkan prestasi dan menunjukkan gambar yang berkualiti tajam dengan cara membuat elemen latar depan dan latar belakang berbeza dengan satu sama lain. Pemproses AI α9 Gen 5 juga mengembangkan ciri-cirinya dengan AI Sound Pro untuk meluaskan kuasa pembesar suara dan menghasilkan 7.1.2 bunyi sekeliling untuk bunyi yang realistik kepada penonton.

Dengan Brightness Booster Max Technology, siri G2 kini 30% lebih terang dan siri C2 adalah 20% lebih terang melalui peningkatan kuasa pemprosesan AI α9 Gen 5. Kni, anda dapat melihat setiap perincian yang sebelum ini tersembunyi di dalam filem seram kegemaran anda tidak kira sama ada pada siang hari yang terang atau ketika kegelapan malam.  

Tiada Saiz Terlalu Besar atau Kecil

Versi terbaru barisan model TV LG OLED memperkenalkan pelbagai saiz untuk meningkatkan pilihan Siri G dan C bermula dengan model terbesar di dunia sebesar 88″ ke model TV terkecil pada 48″ – sesuai untuk tempat permainan peribadi atau pawagam rumah anda. Siri G2 LG (77” & 65”) menawarkan reka bentuk yang digilap dengan Gallery Design yang melekat pada dinding untuk memikat hati. Bagaimanapun siri C2 menawarkan enam pilihan yang berlainan untuk saiz skrin dalam 2022.

Pilihan saiz yang ditawarkan adalah TV OLED 48”, ideal untuk permainan video konsol dan juga PC. Lebih dari itu, barisan saiz yang mengujakan itu termasuk 48, 55, 65, 77, 83 inci sesuai untuk semua keperluan hiburan di rumah. TV OLED siri ini mempunyai bezel yang lebih nipis dengan menambah reka bentuk yang anggun pada TV untuk pengalaman yang mengasyikkan bagi penonton. Oleh itu, tidak kira saiz laman hiburan rumah, LG mempunyai TV OLED untuk semua orang.

Tidak dapat ditandingi di dalam Permainan Video

Tingkatkan pengalaman permainan video anda dengan LG OLED evo. Ia adalah TV OLED pertama yang menyokong NVIDIA G-SYNC®. Dengan masa tindak balas yang amat pantas pada 1 milisaat, ‘lag’ input rendah dan menyediakan sehingga empat port HDMI yang menyokong pelbagai ciri HDMI 2.1, tidak menghairankan yang LG OLED adalah pilihan yang terbaik bagi peminat permainan konsol dan PC untuk menakluki medan perang maya. 

Siri LG OLED Evo penuh dengan ciri permainan yang mana anda boleh secara mudah memilih dan bertukar di antara ciri khusus bagi permainan dan pratetap paparan terus dari menu Game Optimiser TV.

Menu Game Optimiser ini menyediakan akses pantas ke Mod Bilik Gelap yang baru, yang melaraskan kecerahan skrin untuk pengalaman permainan yang lebih baik apabila lampu dimatikan. Tingkatkan cara permainan dengan tetapan G-SYNC® Compatible, FreeSync™ Premium dan kadar ‘refresh’ berubah (VRR), yang  kesemuanya mudah diakses daripada Game Optimiser.

Pengalaman Pengguna Revolusi

WebOS22 TV Pintar inovatif LG menghidupkan pengalaman pengguna kepada TV terbaru LG. Ia turut memberikan kemudahan maksimum serta membolehkan pencarian kandungan dengan cara yang lebih mudah.

Anda boleh mendapatkan cadangan kandungan yang disesuaikan kepada perkhidmatan penstriman kegemaran anda dalam sekelip mata sahaja, berdasarkan sejarah tontonan. Anda juga boleh mendapat makluman masa nyata mengenai pasukan sukan kegemaran anda.

Penonton juga boleh menduakan (mirror) kandungan dari satu TV ke TV yang lain di rumah menggunakan Room To Room Share, yang membolehkan tontonan sebarang kandungan melalui Wi-Fi tanpa alat ‘set-top’ berasingan. 

Reka Bentuk Semula

Anda boleh menjadi seperti Picasso dengan mewarnai hidup anda melalui koleksi karya seni dan gambar yang menakjubkan yang tersimpan di dalam Mod Galeri LG OLED Evo. Ia dibentuk dengan bahan gentian komposit ringan dan mudah dipasang.

Lebih dari barisan LG OLED evo TV, LG juga mempamerkan barisan LG Soundbar yang terbaharu. LG Soundbar mempunyai saluran pusat tembakan pembesar suara yang pertama di dunia bagi menghasilkan dialog yang lebih jelas membuatkan konten Dolby Atmos dan DTS:X lebih mengujakan, pilihan yang terbaik untuk pawagam rumah, musik dan permainan video.

Dengan IMAX Enhanced, penonton boleh menikmati bunyi tiga dimensi yang berimpak tinggi apabila menonton konten serasi. Dia juga mempunyai Variable Refresh Rate (VRR) dan Auto Low Latency Mode (ALLM), menetapkan LG Soundbar sebagai pilihan nombor satu bagi pemain konsol yang mahukan aksi pada skrin selari dengan bunyi dari speaker. Penyelasaian yang terhebat bagi pemain permainan dan pencinta musik.

Barisan model TV OLED terbaru akan tersedia bagi edaran di seluruh negara. Para pelanggan boleh membeli siri TV LG OLED Evo terbaru pada harga RM8,199 bagi model 48″ dan RM124,999 bagi TV evo 88″ 8K OLED. 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut atau membeli siri TV LG OLED Evo, sila layari laman web LG Electronics Malaysia atau berkunjung ke pengedar LG rasmi terdekat anda di seluruh negara.

SUMBERKenyataan Media LG Malaysia
Artikel sebelum iniXiaomi 12S dengan kamera dibangunkan bersama Leica tidak akan ditawarkan di pasaran Malaysia
Artikel seterusnyaAsus Zenfone 9 tidak akan dilancarkan di Malaysia
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.