Utama Microsoft Xbox PC Game Pass kini rasmi di Malaysia, Berharga RM5 untuk 3...

Xbox PC Game Pass kini rasmi di Malaysia, Berharga RM5 untuk 3 bulan pertama

448
0

Kurang dari sebulan selepas pengujiannya dijalankan, Microsoft kini mengumumkan Xbox PC Game Pass hadir ke Malaysia secara rasminya. Menerusi pengumuman tersebut, Microsoft turut mengesahkan harga langganan Xbox PC Game Pass di Malaysia adalah RM 15 sebulan.

Harga tersebut pertama kali didedahkan ketika pengujian perkhidmatan tersebut dijalankan. Menariknya, Microsoft mengekalkan harga tersebut ketika pelancaran rasminya.

Untuk pengguna baharu, Microsoft turut menawarkan harga promosi bagi perkhidmatan ini iaitu hanya RM 5 sahaja untuk 3 bulan. Selepas tempoh tersebut, pengguna berkenaan akan dikenakan pada kadar biasa iaitu RM 15 sebulan.

Diperkenalkan pertama kali pada 2019, Xbox PC Game Pass menyediakan lebih dari 100 judul permainan pada PC yang boleh dinikmati melalui yuran bulanan. Perkhidmatan ini juga dihubungkan dengan perkhidmatan EA Play untuk membolehkan pengguna memainkan permainan-permainan dari EA.

Maklumat lanjut mengenai Xbox PC Game Pass, layari https://www.xbox.com/en-my/xbox-game-pass/pc-game-pass

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.