Utama Komputer Windows XP telah ditamatkan sokongannya selepas 17 tahun diperkenalkan

Windows XP telah ditamatkan sokongannya selepas 17 tahun diperkenalkan

1094
0

Setelah 17 tahun Windows XP diperkenalkan, sesetengah pengguna masih lagi kekal menggunakan sistem operasi kesayangan ramai ini. Bagaimanapun, Microsoft telah menamatkan sistem operasi purba ini demi kebaikan bersama dengan sokongan lanjutan untuk variasi terakhirnya tamat pada 9 April.

Windows Embedded POSReady 2009, yang direka untuk terminal-terminal jualan (point-of-sale, POS) dan menggunakan kernel Windows XP telah ditamatkan sokongannya Selasa baru-baru ini. Seterusnya menjadikannya versi sistem operasi yang paling lama digunakan, iaitu selama 17 tahun, 7 bulan, dan 16 hari.

Menurut TechRepublic, lain-lain versi perusahaan sistem operasi ini turut mencapai penamat kitaran hayatnya baru-baru ini. Bagi versi desktop Home dan Profesional, ianya telah lama ditamatkan iaitu pada tahun 2014.

Sungguhpun ianya telah pun lama ditamatkan, sebahagian pengguna masih lagi tegar menggunakan sistem operasi berkenaan. Menurut NetMarketShare, Windows XP masih lagi digunakan oleh 3.73 peratus pengguna desktop di seluruh dunia, mengatasi Windows 8 dan Linux.

Windows 10 mungkin mampu mengatasi rekod versi sistem operasi paling lama digunakan. Namun, perlu menunggu sehingga 2033 untuk memastikan rekodnya benar-benar mengatasi rekod yang dipegang oleh Windows XP.

Januari tahun depan merupakan giliran Windows 7 pula akan ditamatkan sokongannya. Pengguna-pengguna perniagaan dan perusahaan masih lagi menerima sokongan kemaskini sehingga selepas tarikh 14 Januari, tetapi akan dikenakan bayaran.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.