Utama Komputer Cara pasang Telnet Client pada Windows 10

Cara pasang Telnet Client pada Windows 10

1869
0

Telnet merupakan protokol komputer yang ‘old school’ dan ia terkenal sebagai Internet yang ‘asal’ sejak Net mula diperkenalkan pada tahun 1969. Singkatan telnet bermaksud ‘telecommunications network’, dan diwujudkan sebagai kawalan jarak jauh untuk menguruskan komputer kerangka utama (mainframe) dari terminal-terminal.

Pada zaman awal penggunaan komputer kerangka utama, telnet membolehkan pelajar-pelajar dan pensyarah universiti log masuk ke komputer kerangka utama universiti dari mana-mana terminal di dalam premis. Log masuk jarak jauh ini memudahkan para pelajar dan pensyarah membuat tugasan tanpa perlu berjalan kaki ke komputer kerangka utama sepanjang semester setiap kali hendak menggunakannya.

Sungguhpun teknologi ini sudah lama wujud, ianya masih lagi digunakan sehingga kini. Telnet hari ini sudah berubah menjadi sebuah sistem kawalan jauh yang dikenali sebagai SSH. Ia sering digunakan oleh kebanyakan pentadbir rangkaian moden hari ini untuk menguruskan komputer-komputer Linux dan Unix dari jarak jauh.

Telnet adalah protokol komputer berasaskan teks dan ianya tidak mempunyai paparan antaramuka yang menarik seperti kebanyakan aplikasi-aplikasi moden hari ini. Pengguna perlu tahu arahan-arahan yang boleh digunakannya untuk melakukan sesuatu tugasan seperti ‘z’ and ‘prompt% fg’.

Panduan memasang Telnet Client pada Windows 10

Windows 10 turut menyediakan fungsi Telnet Client bagi membolehkan pengguna mengakses ke pelayan-pelayan dari jarak jauh. Fungsi ini juga turut ditawarkan untuk pengguna Windows 10 Home. Berikut adalah cara pemasangan Telnet Client bagi komputer Windows 10:

  1. Tekan kekunci Windows + S (untuk fungsi carian) dan taipkan perkataan ‘features’ bagi membolehkan pilihan ‘Turn Windows Features on or off’ muncul. Klik pada pilihan berkenaan.
  2. Apabila tetingkap Windows Features dibuka, skrol ke bawah dan tandakan pada Telnet Client. Seterusnya klik OK untuk pemasangan Telnet.
  3. Tunggu sehingga pemasangan selesai.
  4. Sebaik sahaja pemasangan selesai, klik pada butang Close.
  5. Seterusnya, selepas Telnet berjaya dipasang, anda boleh menggunakan kotak carian (Windows key + S) untuk mencari Telnet.
  6. Sebuah tetingkap seperti command prompt akan muncul dan kini anda boleh menggunakan fungsi Telnet pada komputer Windows anda.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.