Utama Microsoft Windows 11 berkemungkinan akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 7 dan...

Windows 11 berkemungkinan akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 7 dan Windows 10

827
0

Lebih banyak maklumat mengenai Windows 11 telah pun muncul selepas fail pemasangannya telah pun tertiris ke internet awal pagi tadi. Beberapa pembaharuan terutamanya pada rekaan visualnya telah dibawakan menerusinya.

Selain itu, Windows 11 juga dijangka akan ditawarkan secara percuma berdasarkan konfigurasi kekunci produknya, lapor portal XDA Developer. Konfigurasi tersebut menunjukkan Windows 11 akan menyokong Windows 7, Windows 8.1 dan Windows 10.

Tiada sebarang maklumat mengenai Windows 8. Tetapi pengguna Windows 8 boleh menaik taraf ke Windows 8.1 terlebih dahulu jika ingin menaik taraf ke Windows 11.

Sebelum ini Microsoft pernah menawarkan naik taraf secara percuma dari Windows 7, Windows 8, dan Windows 8.1 ke Windows 10 kepada pengguna-penggunanya. Menaik taraf percuma ini masih lagi ditawarkan, namun pengguna perlu menggunakan perisian Windows Media Creation Tool untuk melakukannya.

Bagaimanapun, perkembangan ini masih lagi belum dapat diputuskan sama ada ianya benar-benar bakal dilaksanakan. Segalanya akan dapat kita ketahui sepenuhnya menjelang pengumuman rasmi dari Microsoft pada 24 Jun nanti.

Tinggalkan komentar