Microsoft sejak akhir-akhir ini sedang mengetengahkan konsep PC yang sentiasa berhubung. Pihaknya juga telah mengumumkan sebuah SDK yang membolehkan pembangun memindahkan aplikasi x86 masing-masing ke cipset ARM64. Sejak dari itu, lebih banyak pembangun yang tampil menguji Windows 10 pada pemprosesan ARM.
Baru-baru ini Bas Timmer, seorang pembangun perisian yang juga dikenali sebagai NTAuthority telah menguji Windows 10 binaan ARM64 pada peranti dengan paparan kecil. Sebelum ini beliau pernah menguji Windows 10 pada Google Pixel 3XL dan kali ini beliau menguji pada OnePlus 6T pula.
Bagaimanapun, sewaktu beliau cuba memulakan Windows 10 peranti berkenaan telah tergendala dan mengeluarkan ralat BSOD (blue screen of death). Beliau berkongsikan hasil penemuan beliau dan menggelarkannya sebagai “OnePlus 6T 🙁 Edition”.
Introducing the new OnePlus 6T 🙁 Edition 🙁 pic.twitter.com/1iY7JYtD5m
— NTAuthority (@NTAuthority) March 29, 2019
Selain itu, pembangun berkenaan turut menyatakan bahawa fungsi sesentuh pada skrin berfungsi dengan baik. Hal ini disebabkan oleh paparan Super AMOLED OnePlus 6T menggunakan pengawal sentuhan Synaptics. Peranti-peranti Windows sebelum ini sememangnya menyokong pengawal sentuhan Synaptics yang turut digunakan pada kebanyakan trackpad di laptop-laptop.
That’s something… quite the opposite of “:(“.
Touch should be pretty easy here since it’s a Synaptics controller. pic.twitter.com/BzfZer1rW1
— NTAuthority (@NTAuthority) March 30, 2019
Lanjutan itu, beliau turut memaklumkan telefon pintar yang digunakan untuk ujian berkenaan turut berdepan masalah dengan UFS.
Touch works, UFS doesn’t, so the next step will have to wait for *that* to somehow be figured out. pic.twitter.com/b5GE3HIxKR
— NTAuthority (@NTAuthority) April 1, 2019
Ini bukanlah kali yang pertama Bas Timmer menguji Windows 10 pada platform-platform yang tidak sepatutnya. Beliau pernah menguji Windows 10 pada peranti Raspberry Pi sebelum turut menjalankan pengujian Windows 10 pada telefon pintar Google 3XL.
I bet you’ve never seen this before. Well, probably have. It’s Windows. On a Pixel 3 XL. Because why not? Everything runs Windows nowadays. pic.twitter.com/PSpRm7STrJ
— NTAuthority (@NTAuthority) March 9, 2019
Sumber berita diperoleh dari XDA Developers