Utama Mobile Aplikasi WhatsApp perkenalkan “Writing Help”, Bantu olah gaya penulisan dengan AI

WhatsApp perkenalkan “Writing Help”, Bantu olah gaya penulisan dengan AI

102
0

WhatsApp telah memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan sebagai Writing Help. Ia membantu pengguna mengolah semula ayat di dalam mesej berdasarkan cadangan AI melalui teknologi Meta Private Processing.

Pilihan tersebut muncul sebagai ikon pensel bersebelahan dengan ruangan chat dan ia akan menunjukkan pilihan draf alternatif untuk mesej yang hendak dihantar. Menurut WhatsApp, segala proses ini dipelihara privasinya dan tidak boleh diketahui oleh sesiapa sahaja termasuk Meta dan WhatsApp.

Tambahnya lagi, ciri baharu ini ditawarkan sebagai pilihan dan ditutup secara lalai. Pengguna yang ingin menggunakannya boleh mengaktifkannya melalui tetapan dan selepas itu satu ikon pensel akan muncul bersebelahan dengan ruangan chat. Selain itu, WhatsApp menyatakan AI tersebut akan kekal melahu (idle) dan tidak akan proses sebarang teks sehingga diaktifkan oleh pengguna.

Writing Help ditawarkan untuk pilihan bahasa Inggeris bagi pengguna di Amerika Syarikat dan beberapa rantau terpilih dengan lebih banyak bahasa dan negara akan ditambah pada tahun ini. Buat masa ini, ciri berkenaan masih lagi belum tersedia bagi pengguna di Malaysia.

Tinggalkan komentar