Utama Mobile Aplikasi WhatsApp uji ciri yang membolehkan pengguna beri Reaksi dengan semua Emoji

WhatsApp uji ciri yang membolehkan pengguna beri Reaksi dengan semua Emoji

19
0

WhatsApp baru-baru ini telah menambah satu lagi ciri yang membolehkan pengguna memberikan reaksi kepada mesej dengan menggunakan emoji. Mirip dengan platform media sosial lain milik Meta seperti Instagram.

Buat masa ini anda boleh memberikan reaksi kepada mesej WhatsApp melalui pilihan dari enam jenis emoji berbeza. Bagaimanapun, maklumat terkini dari WABetaInfo menyatakan WhatsApp kini sedang menguji satu ciri baharu yang akan memberikan pengguna akses ke seluruh koleksi emojinya.

Instagram dan Facebook Messenger juga membenarkan pengguna memberikan reaksi pada mesej dengan cara yang sama iaitu dengan pilihan enam jenis emoji berbeza. Cuma bezanya, pada kedua-dua platform berkenaan menyediakan simbol “tambah (+)” pada hujung barisan emoji berkenaan untuk membolehkan pengguna mengakses ke lebih banyak lagi pilihan emoji.

WABetaInfo pada awalnya melaporkan terdapat terdapat beberapa persamaan apabila ciri memberikan reaksi terhadap mesej mula diperkenalkan melalui WhatsApp beta untuk Android 2.22.10.9. Namun tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut sehingga kemaskini beta terbaru ini. Melalui kemaskini WhatsApp beta untuk Android 2.22.9.4 ini, ciri reaksi emoji baharu berkenaan tampak kian jelas.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.