Utama Android Samsung Samsung dilaporkan sedang mempersiapkan untuk melancarkan versi baharu Galaxy S21 FE

Samsung dilaporkan sedang mempersiapkan untuk melancarkan versi baharu Galaxy S21 FE

29
0

Samsung dilihat akan melancarkan satu versi baharu Galaxy S21 FE tidak berapa lama lagi, menurut laporan oleh Android Headline. Peranti dengan nombor model SM-G990B2 telah diketemukan oleh warga net pada minggu lepas. Ia dikatakan akan menggunakan cipset lebih rendah kuasanya dari versi semasa yang menggunakan Snapdragon 888 atau Exynos 2100.

Versi Galaxy S21 FE yang akan datang nanti kelak berkemungkinan akan menggunakan Qualcomm Snapdragon 720G. Cip berkenaan tidak menyediakan sokongan rangkaian 5G dan tidak mustahil ia hanya menawarkan rangkaian 4G sahaja.

Walaubagaimanapun, maklumat terkini dari senarai sokongan Google Play Services menyatakan peranti berkenaan mungkin menawarkan sokongan untuk teknologi komunikasi generasi terkini berkenaan.

Pun begitu, agak sukar untuk membuat telahan berkenaan Samsung Galaxy S21 FE varian baharu yang mungkin akan hadir kelak selagi tiada maklumat rasmi dari Samsung. Apa pun, penawaran telefon pintar mercu pada harga mampu milik pastinya akan disambut baik oleh peminat-peminat Samsung.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.