Pengguna WhatsApp pada iPhone model lama dengan perisian iOS 11 dan ke bawah tidak akan menerima sokongan tidak berapa lama lagi. Menurut laporan WABetaInfo, WhatsApp selepas ini hanya boleh disokong pada iPhone yang menggunakan iOS 12 dan ke atas.
Perubahan ini akan mula dilaksanakan pada 24 Oktober 2022 dan pengguna-pengguna berkenaan perlu bersiap sedia sebelum tarikh tersebut.
Terdapat dua pilihan yang mungkin pengguna iPhone yang berkenaan boleh lakukan dalam mendepani isu ini. Salah satunya adalah dengan mengemaskini perisian iOS pada iPhone masing-masing ke versi paling terkini. Bagaimanapun, tidak semua iPhone boleh mengemaskini ke iOS 12 dan ke atas seperti iPhone 5. Untuk siri iPhone 5, hanya iPhone 5S sahaja yang boleh menaik taraf ke iOS 12.
Anda juga boleh menukar ke iPhone yang lebih baharu seperti iPhone X dan ke atas, atau sekurang-kurangnya iPhone 6. Pun begitu, keperluan menukar ke peranti baharu ini bergantung kepada tahap kemampuan seseorang pengguna berkenaan.