Utama Mobile Aplikasi WhatsApp secara ramsinya perkenalkan sokongan Passkey untuk Pengguna Android

WhatsApp secara ramsinya perkenalkan sokongan Passkey untuk Pengguna Android

91
0
WhatsApp Passkey

WhatsApp secara rasmi telah mengumumkan sokongan passkey untuk aplikasinya versi Android. Pengujian ciri tersebut sebelum ini dilaporkan bermula sejak awal tahun ini dan kini ia mula menemui pengguna Android.

Ciri tersebut disediakan di dalam tetapan di dalam tab Account. Melaluinya, pengguna akan diajukan sama ada ingin mewujudkan passkey menggunakan ciri imbasan wajah, cap jari atau kunci skrin telefon pintar anda. Ia seterusnya akan mengesahkan identiti anda dan membolehkan anda melog masuk ke akaun anda tanpa perlu memasukkan kata laluan atau kod SMS.

Anda juga boleh menguruskan passkey anda, dan membatalkannya pada bila-bila masa. Menurut laman soalan lazim aplikasi berkenaan, anda memerlukan telefon pintar Android versi 9 dan ke atas, serta skrin berkunci yang telah ditetapkan bersama-sama akaun Google yang dipautkan.

Jika anda sebelum ini pernah mewujudkan passkey dan ingin memasang semula WhatsApp pada telefon pintar berkenaan, anda akan diberikan pilihan untuk menggunakan kunci yang didaftarkan.

Buat masa ini tidak dinyatakan bilakah ciri berkenaan akan hadir menemui pengguna WhatsApp versi iOS.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.