Utama Mobile Aplikasi Whatsapp hadkan mesej yang dipanjangkan kepada 5 penerima sahaja

Whatsapp hadkan mesej yang dipanjangkan kepada 5 penerima sahaja

832
0

Sebelum ini, Whatsapp telah mula menandakan mesej yang dipanjangkan bagi memudahkan pengguna mengenalpasti mesej-mesej yang dipanjangkan oleh pengguna-pengguna lain. Kini, aplikasi permesejan yang dimiliki oleh Facebook ini telah selangkah ke hadapan dalam mengekang penyebaran berita-berita palsu dengan mengehadkan jumlah penerima yang boleh memanjangka sesebuah mesej dalam satu-satu masa.

Pada asalnya, had yang telah ditetapkan adalah pada 250 penama individu atau kumpulan borak dan kemudiannya telah dikurangkan kepada 20 sahaja. Cuma di India sahaja keadaan yang berbeza apabila Whatsapp seawal tahun lepas telah pun menghadkan kepada 5 penama sahaja. Hal ini disebabkan oleh insiden-insiden rusuhan yang berpunca daripada fitnah-fitnah yang disampaikan melalui mesej-mesej yang dipanjangkan melalui aplikasi permesejan ini.

Kini, penetapan had ini telah mula dikuatkuasakan kepada seluruh pengguna Whatsapp di seluruh dunia bagi membendung penyebaran berita-berita palsu yang mampu mencetuskan ketegangan di masyarakat. Kemaskini had penyebaran mesej dipanjangkan ini telah mula disediakan kepada pengguna-pengguna Android dan dijangkakan pengguna-pengguna iOS bakal menerimanya tidak lama lagi.

Sumber berita diperoleh dari Reuters

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.