Utama Mobile Android Honor View 20 mula dijual di Malaysia dengan harga dari RM1,999

Honor View 20 mula dijual di Malaysia dengan harga dari RM1,999

714
0

Bagi anda yang sedang menantikan Honor View 20, telefon pintar terbaru dari Honor ini akan mula memasuki pasaran Malaysia pada 26 Januari ini dengan harga jualan dari RM1,999.

Harga berkenaan adalah khusus untuk variasi RAM 6GB dan storan dalaman 128GB dan untuk variasi RAM 8GB dan storan dalaman 256GB pula, harga yang ditetapkan adalah bermula dari RM2,499.

Kedua-dua varian Honor View 20 ini hanya dibezakan pada kapasiti memori dan storan dalamannya sahaja. Chipset untuk kedua-duanya adalah sama iaitu Kirin 980 dan begitu juga untuk kamera utamanya yang kedua-duanya menggunakan kamera 48MP.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.