Meta telah mengumumkan ciri baharu untuk WhatsApp yang membolehkan pengguna melog masuk ke dalam dua akaun secara serentak di dalam satu telefon. Ciri tersebut telah pun diuji pada peringkat beta sejak dari Ogos lalu.
Pengguna selepas ini tidak perlu lagi melog masuk dan melog keluar setiap kali ingin menggunakan akaun lain yang berbeza nombor telefon. Melalui fungsi ini, pengguna yang mempunyai lebih dari satu akaun seperti peniaga dalam talian boleh mengubah tetapan di dalamnya. Anda boleh pergi ke settings > tekan pada anak panah bersebelahan dengan nama anda > tambah akaun.
Anda juga boleh tetapan privasi dan notifikasi untuk setiap akaun, seterusnya membolehkan anda mengasingkan bagaimana anda menggunakan dua nombor telefon berkenaan.
Fungsi baharu ini diperkenalkan bagi membendung pengguna dari memasang aplikasi palsu untuk menggunakan akaun WhatsApp kedua. Tindakan tersebut boleh mendedahkan pengguna dengan risiko privasi dan keselamatan.
Ciri berbilang akaun ini akan ditawarkan kepada pengguna Android secara berperingkat dalam beberap minggu yang akan datang. Setakat ini WhatsApp tidak menyatakan bilakah ciri tersebut akan ditawarkan kepada pengguna iOS.