Kira-kira 10 bulan selepas penggabungan Celcom dan Digi yang menjadikannya sebagai CelcomDigi, entiti baharu tersebut kini secara rasminya memperkenalkan logo baharunya.
Logo baharu tersebut masih lagi mengekalkan warna tema yang sama daripada kedua-dua jenama berkenaan iaitu biru dan kuning dengan bentuk huruf “D” dan “C’ yang membentuk seekor rama-rama.
Buat masa ini, kedai fizikal Celcom dan Digi masih lagi wujud sebagai jenama yang berbeza. Namun, pelanggan dari kedua-dua jenama boleh berurusan di mana-mana kedai fizikal tersebut.
Produk-produk sedia ada masih lagi ditawarkan dengan produk baharu akan diperkenalkan di bawah jenama baharu secara berperingkat. Selain kedai, laman web dan aplikasi juga secara beransur-ansur akan diletakkan di bawah satu jenama, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mohamad Idham Nawawi.