Utama Mobile Aplikasi WhatsApp Channels kini membenarkan pengguna memilih mengikut kategori

WhatsApp Channels kini membenarkan pengguna memilih mengikut kategori

260
0

WhatsApp baru-baru ini telah mengemaskini bahagian Channels dengan menyusunnya mengikut kategori. Pengguna kini boleh menelusuri mengikut tujuh kategori iaitu People, Organisations, Lifestyle, Sports, Entertainment, Businesses, dan News & Information.

Bahagian-bahagian ini boleh diketemukan di bawah tab “Updates” dan anda boleh menekan butang “Explore” untuk melihat kategori yang dinyatakan.

Channels telah diperkenalkan pada tahun lepas dengan menawarkan kaedah mengikuti saluran-saluran kegemaran di dalam aplikasi permesejan tersebut. Sebelum kemaskini baharu ini pengguna perlu menaip nama saluran berkenaan di dalam kotak carian yang disediakannya.

Ciri ini dilihat seakan-akan mengikut apa yang disediakan di dalam Telegram, sebuah aplikasi permesejan yang boleh menjadi kepada WhatsApp. Kemaskini baharu ini telah pun tersedia kepada pengguna Android dan iOS.

Ikuti saluran rasmi Harian Teknologi di WhatsApp untuk perkembangan berita dan ulasan teknologi terkini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.