Huawei akan melancarkan peranti boleh pakai baharunya yang terdiri daripada siri Watch GT 5, Watch D2, dan Watch Ultimate Green Edition serta tablet baharunya, MatePad Pro 12.2 dan MatePad 12 X di pasaran Malaysia pada 26 September ini.
Peranti-peranti baharu berkenaan telah pun diumumkan secara rasmi di Barcelona, Sepanyol pada Khamis baru-baru ini. Kini Huawei akan melancarkan barisan produk-produk baharunya tersebut ke pasaran global yang lebih luas.
Acara pelancaran pada minggu depan ini diadakan dua hari selepas acara pelancaran produk baharu Huawei di China pada 24 September. Selain dari Malaysia, pasaran-pasaran lain akan menyusul dalam masa yang terdekat ini.
Huawei Malaysia turut membuka pra-tempahan untuk peranti-peranti baharu berkenaan. Anda yang berminat boleh membuat pra-tempahan menerusi laman web rasmi Huawei Malaysia dan berpeluang untuk memenangi baucar eksklusif, hadiah menarik dan pelbagai manfaat menarik lain yang disediakan.