Kebanyakan dari kita mungkin sudah tahu berapa harga Samsung Galaxy Note 8 di pasaran dan mungkin sesetengah pengguna di Malaysia sudah pun memilikinya. Pun begitu, Samsung tetap melancarkan telefon pintar terbaiknya setakat ini untuk pasaran Malaysia secara rasmi.
Dalam perkembangan yang sama, gergasi pengeluar barangan elektronik dari Korea Selatan ini turut menjalankan roadshow untuk mempromosikan telefon pintar berkenaan. Pelbagai barangan percuma menarik turut menanti pembeli Samsung Galaxy Note 8.
Telefon pintar ini bukanlah sekadar Galaxy S8+ yang lebih besar dari segi saiz ukurannya. Ia dilengkapi dengan S Pen (mestilah, dah namanya Galaxy Note kan) dan juga kamera 12MP. Kamera juga merupakan antara fungsi menarik yang dititik beratkan pada telefon pintar model ini memandangkan kamera telefon merupakan salah satu kekuatan Samsung.
Lain-lain spesifikasi termasuklah paparan Super AMOLED Infinity 6.3-inci 1440p, chipset Exynos 8895, RAM 6GB, storan dalaman 64GB yang boleh dibantu dengan slot tambahan kad SD-mikro, serta bateri 3,300mAh. Ia juga menawarkan kamera hadapan 8MP dengan fokus auto.
Bermula dari hari ini sehingga 24 September, setiap pembelian Samsung Galaxy Note 8 di sepanjang roadshow yang berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur baka menerima Gear VR (2017) bernilai RM499. Di samping itu, Samsung turut menyediakan pelan Screen Protection yang bernilai RM149, yang mana membenarkan penggantian skrin untuk sekali sahaja (tidak termasuk caj perkhidmatan).
Kunjungi laman Samsung untuk maklumat lanjut.
Imej cover diperoleh dari Reuters. Berita diperoleh dari Malay Mail
Note 8!!!!
Baik ke note 8 ni? Banyak mahalnya Note 8 ni berbanding dgn series dahulu dia… Saya sedang guna S7 edge sekarang, tak tahu nak tukar atau tidak… Tak ada banyak cash utk tukar phone juga…
kalau u note series fans tukar je lahhh skrg online belie ade promosi banyak mah.. beli kat samsung mahal je
harga tu tinggi gila. beli kat online takut nanti dapat yang tiruan sakit hati babti tak dapat claim. lebih baik beli pon yang tak mahal sangat
beli sama telco lagi baik.. 100% selamat.. hahah kalau ade roask blh claim warranty lah
ko ade bajet beli je, tapi xde simpan duit dulu
Tak baloi kalau beli dgn lump sum lah, baiklah beli secara ansuran, selain itu kos phone ni lebih murah jika anda beli dgn pelan dari telco lah
Jualan Note 8 kali ni lagi baik berbanding dgn iPhone! Saya oercaya terhadap Note 8 ni memanglah phone yang terbaik sekarang. Selain itu, ada banyak kompani telko juga ada bagi promosi utk Note 8 ni, marilah beli Note 8!
harga yg terbaik ke? speck yg terbaik ? kalau banding spec memang ade phone lain yg blh banding lagi baik lah.. tapi bukan semua pone ade buat promosi / jatuh harga cepat macam samsung note series hehe
byk pilihan skrg, klau nak line stable- Maxis…nak data byk amik Umobile
Tapi jika nak line yang baik dan data banyak sekalipun, pilih celcom saja lah! Dgn pelan easyphone dia, anda boleh beli Note 8 serendah pada harga RM115 sebulan saja
note 8 cantik pulak, RM115? betul ke, nak dpt jugak
jualan tu tinggi mungin sebabkan brand tu je, orang sekarang tak tengok sangat kat spek pon yang penting tu nak bergaya. spek note 8 ni taklah baik sangat pon
yalor RM115x24 = RM2000+ bagi note 8 je.. kalau biasa beli harga rm3999 leh.. baloi lah