Utama Android vivo vivo Y22s dilancarkan di Pasaran Malaysia pada harga RM999; Tampil dengan Cip...

vivo Y22s dilancarkan di Pasaran Malaysia pada harga RM999; Tampil dengan Cip Snapdragon 680

746
0
vivo-y22s-malaysia

vivo telah memperkenalkan telefon pintar peringkat menengah baharunya yang berharga bajet ke pasaran Malaysia. Vivo Y22s menampilkan pemprosesan yang mantap iaitu Qualcomm Snapdragon 680 dengan harga jualannya di bawah RM1,000.

Spesifikasi vivo Y22s

vivo Y22s Malaysia pricevivo Y22s menawarkan skrin LCD HD+ 6.55-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Bagi telefon pintar pada peringkat harga sebegini, penawaran ini dilihat sedikit mengecewakan.

Sebagai perbandingan, realme 9 dan Redmi Note 11 Pro kedua-duanya menggunakan skrin AMOLED FHD+. Manakala telefon pintar keluaran vivo sendiri yang lain pada harga yang lebih kurang sama, vivo T1x pula menggunakan skrin LCD FHD+.vivo-y22s-2

Seterusnya, vivo Y22s menggunakan cip Snapdragon 680 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Ia juga menampilkan sokongan RAM maya melalui ciri Extended RAM 3.0. Turut disediakan sokongan slot kad mikroSD yang boleh digunakan untuk menambah ruangan storan luaran sehingga 1TB. vivo Y22s ini juga menggunakan antaramuka Funtouch OS 12.

Untuk kameranya pula, vivo Y22s memiliki kamera utama 50MP f/1.8 dengan kamera makro 2MP f/2.4 yang ditempatkan pada bahagian belakangnya. Manakala di hadapannya pula disediakan satu kamera 8MP f/2.0.

Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W yang menurut vivo mampu bertahan untuk penstriman video selama 21 jam.vivo-y22s-1

Lain-lain ciri yang disediakan oleh telefon pintar ini termasuklah sokongan pengimbas cap jari pada sebelah sisinya, Wi-Fi 5, NFC, dan Bluetooth 5.0. Ia seberat 192g dan berketebalan 8.38mm dan boleh didapati dengan pilihan warna Starlit Blue dan Summer Cyan

Harga vivo Y22s di Malaysia

vivo-y22s-malaysia price specsVivo Y22s hanya ditawarkan dengan satu sahaja pilihan konfigurasi – RAM 8GB dan storan 128GB. Anda boleh mendapatkannya pada harga RM999 di kedai konsep vivo, wakil pengedar yang sah, kedai dalam talian rasmi vivo dan juga kedai rasmi vivo di Shopee dan Lazada.

  • vivo Y22s (RAM 8GB, storan 128GB) – RM999

Jika anda mendapatkannya dari 26 November hingga 25 Disember ini, anda juga berpeluang mendapatkan lanjutan waranti tambahan selama 1 tahun yang bernilai RM199.

Bagaimanapun, telefon pintar ini berdepan saingan sengit dari telefon pintar peringkat menengah lain termasuk keluaran vivo sendiri. Jika anda berhasrat ingin mendapatkan peranti berkuasa Snapdragon 680, vivo T1x mungkin pilihan spesifikasi yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah. Selain itu, vivo T1 5G pula yang berharga RM1,130 di kedai rasmi vivo di Shopee dan Lazada menawarkan pemprosesan yang lebih baik melalui Snapdragon 778G.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.