Utama Teknologi Permainan Sony PlayStation 6 dilaporkan akan dilancarkan pada 2027

Sony PlayStation 6 dilaporkan akan dilancarkan pada 2027

893
0
Sony PlayStation 6
Gambar sekadar hiasan. -Imej pengolokan dari First Sportz

Sony dilaporkan sedang merancang untuk melancarkan konsol permainan generasi berikutnya PlayStation 6 pada 2027, menurut laporan dari portal PlayStation Lifestyle.

Maklumat tersebut hadir menerusi dokumen terbuka untuk orang awam yang merupakan sebahagian dari hasil siasatan oleh Lembaga Persaingan dan Pasaran United Kingdom terhadap pengambilalihan Activision Blizzard oleh Microsoft yang bernilai $68 billion (~RM304 billion).

Pengambilalihan tersebut ditentang oleh Sony kerana didakwa boleh menjejaskan persaingan, para pemain industri dan juga pengguna.

Di pihak Microsoft pula, judul-judul permainan eksklusif PS5 diakui jauh lebih baik jika dibandingan dengan eksklusif Xbox. Oleh yang demikian, penggabungan tersebut mampu “meningkatkan” persaingan di dalam pasaran yang selama ini dikuasai oleh Sony.

Pun begitu, bukan hal tersebut yang menjadi tumpuan utama para peminat PlayStation. Apa yang lebih menarik adalah berkenaan pelancaran PlayStation generasi berikutnya (mungkin PlayStation 6) pada tahun 2027.

Kenyataan tersebut ditemukan bersama-sama dokumen yang membincangkan kepentingan permainan Call of Duty terhadap pasaran konsol mengikut pandangan Sony.

Tempoh untuk menunggu sehingga 2027 ini dilihat agak lama, namun tempoh tersebut merupakan lumrah untuk sesebuah generasi konsol permainan seperti PlayStation diperkenalkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.