Utama Android vivo vivo Y21T dilancarkan di Malaysia; Hadir dengan Snapdragon 680, berharga RM899

vivo Y21T dilancarkan di Malaysia; Hadir dengan Snapdragon 680, berharga RM899

863
0

vivo Malaysia telah mengumumkan kehadiran vivo Y21T dan mula dijual sejak 26 Mac 2022. Anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi kedai konsep vivo, wakil jualan yang sah, kedai E-store rasmi vivo Malaysia dan juga kedai rasminya di Shopee dan Lazada pada harga RM899 sahaja.

Dari segi spesifikasinya, Y21T mempunyai tri-kamera yang mengandungi kamera utama 50MP, kamera bokeh 2MP dan kamera makro 2MP. Tetapan kamera ini turut menyokong Super Night Mode dan Super HDR. Kamera hadapannya juga menawarkan Super Night Mode dengan Portrait Mode melalui sebuah kamera 8MP.

Melalui paparan HD+ 6.51-inci, vivo Y21T turut menampilkan pemprosesan Snapdragon 680 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Menarik untuk dilihat adalah ciri penambahan RAM maya sehingga 2GB turut ditawarkan melalui Extended RAM.

Hampir sama seperti kebanyakan telefon pintar peringkat bajet lain, telefon ini turut menyediakan bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong FlashCharge sehingga 18W. Untuk perisiannya, ia menggunakan FunTouch OS 12 yang berasaskan Android 12.

vivo Y21T ditawarkan dengan pilihan warna Midnight Blue dan Pearl White dan mula dijual di pasaran tempatan sejak semalam.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.