Utama Apple iPhone 14 Pro dijangka akan hadir dengan Bonggol Kamera lebih besar yang...

iPhone 14 Pro dijangka akan hadir dengan Bonggol Kamera lebih besar yang menempatkan sensor 48MP

620
0

September lalu, maklumat tertiris pertama berkenaan iPhone 14 mendakwa model berkenaan tidak akan hadir dengan bonggol kamera. Walaubagaimanapun, maklumat terkini yang tertiris dari penganlisis Apple, Ming-Chi Kuo menyatakan sebaliknya.

Beliau berkongsikan kenyataan beliau menerusi Twittter tentang mengapa iPhone 14 Pro akan menampilkan bonggol kamera yang lebih besar berbanding iPhone 13 Pro.

Pendedahan ini hadir pertama kali pada minggu lalu apabila gambarajah skematik tertiris menunjukkan rekaan bonggol kamera dan rekaan keseluruhan yang lebih tebal.

Menurut Kuo, perubahan ini dibuat mungkin disebabkan Apple akan menawarkan penambahbaikan besar untuk kamera iPhone 14 Pro pada tahun ini. Sebelum ini beliau pernah mengatakan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dijangkakan akan menampilkan sensor kamera 48MP yang dinaiktaraf.

The main reason for the larger and more prominent rear-camera bump of the 14 Pro/Pro Max is upgrading the wide camera to 48MP (vs. 13 Pro/Pro Max’s 12MP). The diagonal length of 48MP CIS will increase by 25-35%, and the height of 48MP’s 7P lens will increase by 5-10%.

Maklumat yang tertiris pada September tahun lalu berkenaan iPhone 14 dan iPhone 14 Pro ini menjadikan jangkaan pengguna terhadap iPhone model terkini ini terlalu tinggi.

Tidak dapat dipastikan sama ada Apple akan mengabaikan idea rekaan semula iPhone berkenaan dengan bergerak ke arah rekaan yang lebih sederhana. Dalam pada masa yang sama, terdapat kemungkinan iPhone 14 dan iPhone 14 Pro akan mengekalkan ciri rekaan yang sama dengan iPhone 13.

Antara perubahan besar yang dijangkakan akan diperkenalkan pada iPhone 14 Pro termasuklah rekaan paparan berpenebuk lubang. Malah, terdapat juga kemungkinan model ‘mini’ baharu tidak akan diperkenalkan pada siri iPhone tahun 2022 ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.