Utama Android vivo vivo X100 Ultra dan X100s akan dilancarkan pada 13 Mei ini

vivo X100 Ultra dan X100s akan dilancarkan pada 13 Mei ini

116
0

Maklumat mengenai kehadiran siri vivo X100 yang lain seperti X100s, X100 Pro dan X100 Ultra telah pun tertiris dalam beberapa tempoh kebelakangan ini. Terbaru menerusi laman web rasmi vivo China, vivo X100s, X100 Pro dan X100 Ultra memaklumkan pra-tempahan bagi model-model telefon pintar berkenaan kini sedang dibuka dengan tarikh pelancarannya pada 13 Mei 2024.

Selain daripada maklumat tersebut, tidak banyak mengenai siri telefon pintar terbaru keluaran vivo berkenaan dinyatakan. Menurut laporan dari portal innoGyan, konfigurasi storan dan RAM bagi ketiga-tiga model berkenaan telah dikenalpasti.

Berdasarkan apa yang dinyatakannya, konfigurasi RAM dan storan bagi model-model baharu vivo berkenaan adalah seperti berikut:

  • vivo X100 Ultra – 12GB+ 256GB, 16GB + 512GB dan 16GB + 1TB
  • X100s Pro – 12GB + 256GB, 16GB + 512GB dan 16GB + 1TB
  • vivo X100s – 12GB + 256GB, 16GB + 256GB, 16GB + 512GB dan 16GB + 1TB

Tiada sebarang maklumat mengenai harganya dinyatakan setakat ini dan kemungkinan besar akan diumumkan bersama-sama pelancarannya kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.