Utama Mobile Android Vivo V5 dengan Kamera Selfie 20MP (RM1299) hadir ke Malaysia

Vivo V5 dengan Kamera Selfie 20MP (RM1299) hadir ke Malaysia

926
0

Agak lama juga Vivo senyap dari arena telefon pintar tempatan semenjak kemunculan Vivo V3 dan Vivo V3Max awal tahun ini. Bagaimanapun, semalam pengeluar telefon pintar dari China ini telah memperkenalkan Vivo V5 ke pasaran Malaysia. Menampilkan kamera selfie 20MP.

Mensasarkan kepada golongan yang suka berselfie, kamera selfie ini turut hadir dengan fungsi “soft light”, cahaya flash yang terkawal bagi membantu mendapatkan imej di tempat-tempat yang kurang cahaya.

Selain dari kamera selfienya, Vivo V5 hadir dengan spesifikasi yang biasa-biasa sahaja dengan paparan 5.5 inci 720p, pemproses lapan teras MediaTek MT6750 dengan RAM 4GB. Slot kad mikro SD yang boleh menampung sehingga 32GB. Kamera utama 13 MP. Bateri 3,000 mAh. Seperti kelaziman telefon pintar Vivo yang lain, ia dioperasikan oleh FunTouch OS 2.6 yang dimodifikasi berdasarkan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Juga, dari segi luaran Vivo V5 memiliki kerangka logam.vivo-v5-specification

Vivo V5 kini sudah boleh dibuat pra-tempahan sehingga 24 November 2016 dengan harga saranan RM1,299. Vivo turut menyediakan hadiah cenderahati bagi mana-mana pembeli yang membuat pra-tempahan. Itupun, selagi ada stok hadiah berkenaan. Siapa cepat, dia dapat.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Vivo Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.