Utama Android vivo vivo V29 masuk pasaran Malaysia, Harga dari RM1,899

vivo V29 masuk pasaran Malaysia, Harga dari RM1,899

296
0

vivo V29 kini telah dilancarkan di Malaysia selepas beberapa minggu ia diumumkan secara rasmi. Telefon pintar peringkat menengah ini hadir dengan rekaan yang menarik dengan cincin cahaya aura pada permukaan belakangnya yang boleh dilaraskan suhu warna lampunya.

Untuk paparannya, telefon pintar berkenaan menampilkan panel melengkung AMOLED 6.78-inci beresolusi 2,800 x 1,260 piksel berkadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,300 nits. Di dalamnya, vivo V29 menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 778G dengan RAM 12GB dan storan sehingga 512GB. Ketersambungannya pula menyokong Wi-Fi 5, Bluetooth 5.2 dan NFC.

Fotografinya pula menawarkan kamera belakang dengan vivo V29 yang mengandungi kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera berkedalaman 8MP. Manakala kamera sebelah hadapannya pula menawarkan kamera hadapan 50MP dengan autofokus. Vivo V29 mempunyai bateri berkapasiti 4,600mAh dengan sokongan pengecasan 80W.

Harga vivo V29 di Malaysia

Hadir dengan pilihan warna hitam dan unggu, Vivo V29 boleh didapati di laman jualan rasmi Shopee and Lazada pada harga seperti berikut:

  • Vivo V29, RAM 12GB, Storan 256GB – RM1,899
  • Vivo V29, RAM 12GB, Storan 512GB – RM2,099

Untuk 10 pembeli terawal model 512GB anda akan menerima pulangan tunai Touch ‘n Go RM200 dan pelbagai cenderahati.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.