Utama Android vivo Vivo V23e 5G kini rasmi dengan kamera utama 50MP dan kamera hadapan...

Vivo V23e 5G kini rasmi dengan kamera utama 50MP dan kamera hadapan 44MP

471
0

Vivo V23e 5G telah dilancarkan buat julung kalinya secara rasmi di Thailand baru-baru ini. Telefon pintar baharu Vivo ini menampilkan cipset Dimensity 810, skrin OLED dan konfigurasi kamera yang mantap.

Pada sebelah paparan bertakuk OLED 6.44-inci terdapat sebuah kamera hadapan 44MP disediakan. Pada sebelah belakangnya pula disediakan kamera utama 50MP f/1.8 yang bergandingan dengan kamera ultra lebar 8MP f/2.2 dan kamera makro 2MP f/2.4,

Kapasiti baterinya pula 4,050mAH yang turut menyokong pengecasan pantas 44W melalui pengecas yang turut disertakan bersama pembeliannya. Telefon ini menggunakan antaramuka FunTouch OS 12 yang berasaskan Android 11.

Vivo V23e 5G hadir dengan RAM 8GB dan storan 128GB pada harga 12,999 baht, (~RM1,669) di Thailand. Terdapat dua pilihan warna disediakan iaitu Black dan “Sunshine Coast”.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.