Utama Laptop Asus Laptop ASUS Vivobook OLED kini di Malaysia; Harga dari RM2,799

Laptop ASUS Vivobook OLED kini di Malaysia; Harga dari RM2,799

Laptop ini hadir dengan pilihan pemprosesan Intel atau AMD

121
0

ASUS Malaysia secara rasminya telah melancarkan tiga model baharu untuk siri laptop Vivobook keluarannya, kali ini dilengkapkan dengan paparan OLED.

Untuk pasaran Malaysia, tiga model ditawarkan iaitu Vivobook Pro 14X OLED, Vivobook 15 OLED, dan Vivobook Pro 15 OLED.

Vivobook 15 OLED

Model paling mampu milik di kalangan siri ini, Vivobook 15 OLED menampilkan paparan OLED 15.6-inci, webcam 720p, pembesar suara Harman-Kardon, storan flash 512GB, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 6.0.

Harga bagi model asas bermula dari RM2,799 yang didatangkan dengan Intel Core i3-1115G4, RAM 4GB dan grafik Intel UHD.

Turut ditawarkan, di dalam model ini pilihan pemprosesan AMD. Menerusi pilihan ini, anda ditawarkan sama ada AMD Ryzen 5 5500U atau Ryzen 7 5700U, yang masing-masing berharga RM3199 dan RM3499. Varian pemprosesan ini didatangkan dengan RAM 8GB dan grafik AMD Radeon.

Untuk portnya pula, kesemua varian bagi varian ini menawarkan:

  • USB 3.2 Type-A
  • USB 3.2 Type-C
  • USB 2.0 Type-A
  • HDMI 1.4
  • pembaca kad MikroSD

Hanya varian pemprosesan Intel sahaja yang menawarkan bicu fon kepala 3.5mm. Manakala varian AMD mempunyai bicu audio kombo 3.5mm dan satu port masukan DC.

Vivobook Pro 15 OLED

Vivobook Pro 15 OLED dilengkapkan dengan paparan OLED 1080p 15.6-inci, sensor pengimbas cap jari terbina dalam, webcam 720p, pembesar suara Harman-Kardon, Wi-Fi 6, dan Bluetooth 5.0.

Untuk model Pro ini, hanya pemprosesan AMD ditawarkan dengan model asasnya menggunakan Ryzen 5 5600H dan RAM 8GB pada harga RM4,299.

Bagi varian yang lebih tinggi, pemprosesan Ryzen 7 5800H dan Ryzen 9 5900HX dengan harga masing-masing RM4,799 dan RM5,199. Varian ini juga dinaik taraf memorinya kepada 16GB.

Kesemua konfigurasi Vivobook Pro 15 OLED ini dikuasakan oleh grafik GeForce RTX 3050 dan storan dalaman 512GB. Sama seperti model bukan pro, model ini menyediakan:

  • USB 3.2 Type-A
  • USB 3.2 Type-C
  • USB 2.0 Type-A
  • HDMI 1.4
  • pembaca kad MikroSD
  • port masukan DC
  • bicu audio kombo 3.5mm

Vivobook Pro 14X OLED

Vivobook Pro 14X OLED mempunyai paparan OLED 14-inci 2.8K dengan nisbah aspek 16:10 aspect ratio dan kadar penyegaran semula 90Hz. Ia menggunakan pemprosesan Intel Core i5-11300H dan GPU GeForce RTX 3050. Hanya satu sahaja konfigurasi ditawarkan bagi model ini dan ia ditawarkan pada harga RM4799 dengan RAM 16GB dan storan flash 512GB.

Model Pro 14X ini juga menawarkan sensor pengimbas cap jari terbina dalam, webcam 720p, pembesar suara Harman-Kardon, Wi-Fi 6, dan Bluetooth 5.0.

Ia juga menyediakan port-port berikut bagi kemudahan pengguna iaitu:

  • USB 3.2 Type-A
  • USB 2.0 Type-A
  • HDMI 1.4
  • pembaca kad MikroSD
  • port masukan DC
  • bicu audio kombo 3.5mm
  • Thunderbolt 4 dengan penghantaran bekalan kuasa (power delivery, PD)

Ketiga-tiga laptop ASUS Vivobook OLED ini didatangkan dengan Windows 10, Microsoft Office Home and Student, bersama-sama waranti global untuk dua tahun. Anda boleh mendapatkan laptop ini menerusi Laman ASUS rasmi di Shopee, Lazada, atau mana-mana kedai-kedai fizikal ASUS atau ROG di seluruh negara.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.