Utama Android Samsung Tiada lagi Samsung Galaxy Note pada 2022, Note 20 adalah siri terakhir

Tiada lagi Samsung Galaxy Note pada 2022, Note 20 adalah siri terakhir

120
0

Kali terakhir Samsung melancarkan peranti Galaxy Note adalah pada tahun lepas melalui Samsung Galaxy Note 20. Sejak itu, tiada lagi kedengaran mengenai model baharu bagi siri tersebut.

Pada tahun ini, gergasi elektronik dari Korea Selatan ini tidak mengumumkan apa-apa model baharu siri Galaxy Note. Kebiasaannya, siri berkenaan akan diumumkan menerusi acara Unpacked yang berlangsung pada bulan Ogos saban tahun. Terdapat khabar angin yang mengatakan siri berkenaan secara senyap-senyap akan ditamatkan.

Laporan terkini dari ETNews menyatakan Samsung tiada perancangan untuk memperkenalkan Galaxy Note baharu pada 2022. Namun, masih lagi menghasilkan Galaxy Note 20 sepanjang tahun ini dengan jumlah pengeluaran mencecah 3.2 juta unit. Dijangkakan pengeluaran bagi model berkenaan akan ditamatkan menjelang akhir tahun ini.

Walaubagaimanapun, Samsung masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Terdapat kemungkinan Samsung Galaxy S22 Ultra pada tahun depan akan mewarisi beberapa ciri dari Galaxy Note seperti sokongan dan tempat menyimpan S Pen.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.