Utama Android vivo vivo S10 dan S10 Pro diperkenalkan; Menampilkan MediaTek Dimensity 1100

vivo S10 dan S10 Pro diperkenalkan; Menampilkan MediaTek Dimensity 1100

150
0

Telefon pintar siri vivo S10 telah dilancarkan secara rasminya di China hari ini dengan memperkenalkan dua buah model baharu iaitu Vivo S10 dan Vivo S10 Pro.

Tumpuan utama pada siri model baharu ini pastinya terletak pada keupayaan kameranya. Kedua-duanya menyediakan tetapan tri-kamera di bahagian belakangnya.

Spesifikasi vivo S10 Pro

Menawarkan paparan AMOLED FHD+ 6.44-inci, vivo S10 Pro menggunakan cipset MediaTek Dimensity 1100. Ia turut disokong dengan RAM 12GB yang boleh diperbesarkan melalui virtual RAM sebanyak 4GB lagi.

Untuk storannya, sebanyak 256 GB disediakan dan bagi baterinya pula yang menyokong pengecasan pantas sehingga 44W mempunyai kapasiti 4,045 mAh.

Untuk kameranya, telefon pintar ini menyediakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 108MP, sensor ultra lebar 8MP dan sensor makro 2MP.

Pada sebelah hadapannya, terdapat kamera swafoto dengan konfigurasi dwi-kamera yang mengandungi sensor utama 44MP dan sensor ultra lebar 8MP.

Telefon yang menggunakan antaramuka OriginOS 1.0 berasaskan Android 11 ini turut menyediakan pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan sokongan Bluetooth 5.0.

Spesifikasi vivo S10

Model standard di dalam siri ini menawarkan skrin dan cipset yang sama seperti versi pro iaitu AMOLED FHD+ 6.44-inci dan MediaTek Dimensity 1100. Cuma, baterinya sedikit berbeza dari segi kapasiti 4,050mAh dan sokongan pengecasan 44W

Namun, RAM yang ditawarkan adalah berbeza kerana ia menawarkan 8GB yang boleh ditambahkan lagi sebanyak 4GB melalui vRAM. Kapasiti storannya juga lebih kecil melalui storan UFS 3.1 128GB.

Untuk kameranya, vivo S10 menyediakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 64MP, sensor ultra lebar 8MP dan sensor makro 2MP. Tidak ketinggalan di sebelah hadapannya disediakan kamera swafoto yang mengandungi sensor utama 44MP dan sensor ultra lebar 8MP.

Lain-lain ciri seperti OriginOS 1.0 berasaskan Android 11, pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan sokongan Bluetooth 5.0 adalah sama seperti yang ditawarkan pada model Pro.

Kedua-dua model telefon pintar vivo baharu ini akan dijual di pasaran China dengan vivo S10 dijual pada RMB2,999 (~RM1,949). Manakala, vivo S10 Pro pula berharga RMB3399 (~2,209).

Setakat ini tidak dapat dipastikan bilakah vivo S10 dan S10 Pro akan hadir ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.