Utama Komputer Permainan Valve melancarkan konsol permainan mudah alih Steam Deck secara rasminya

Valve melancarkan konsol permainan mudah alih Steam Deck secara rasminya

544
0

Valve pada hari ini telah melancarkan konsol permainan mudah alihnya, Steam Deck di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Peranti berkenaan kini boleh dipesan untuk ditempah dan penerima akan dibahagikan mengikut kelompok.

Sebuah laman web khusus untuk pembelian konsol ini turut dibuka dan bagi pengguna yang tidak sempat mendapatkannya boleh melakukan tempahan awal.

Dari segi spesifikasi, konsol permainan mudah alih hadir dengan paparan 7-inci. Ia menggunakan cipset AMD APU Zen 2 dengan grafik AMD RDNA 2, Aerith. Steam Deck yang menggunakan sistem operasi SteamOS ini mempunyai kapasiti RAM LPDDR5 16GB dengan storan yang ditawarkan dari 64GB eMMC hingga 512GB NVME SSD.Valve-Steam-Deck

Harga bagi Steam Deck dijual mengikut kapasiti storannya. Ia boleh didapati daripada $399 untuk versi storan 64GB hingga $649 bagi versi storan 512GB NVME SSD.

Dalam pada masa yang sama, di dalam laman web Steam, Valve turut mewujudkan sebuah laman web Great on Deck. Laman web berkenaan khusus untuk mengetengahkan permainan-permainan yang boleh dimainkan dengan baik pada Steam Deck. Antara judul-judul permainan menarik yang dimaksudkan termasuklah:

  • Elden Ring
  • Horizon Zero Dawn
  • The Witcher 3: Wild Hunt
  • Stardew Valley
  • Hades
  • Terraria
  • Shadow Warrior 2

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.