Utama Mobile Aksesori USB-IF umumkan logo baharu Persijilan Penarafan kuasa Kabel, Pengecas USB Type-C

USB-IF umumkan logo baharu Persijilan Penarafan kuasa Kabel, Pengecas USB Type-C

1042
0

USB Implementers Forum (USB-IF), sebuah badan yang menentukan piawaian bagi USB telah mengumumkan logo persijilan baharunya. Ia dibuat berdasarkan spesifikasi USB4, USB Type-C, dan USB Power Delivery (USB PD).

Kabel yang menyediakan piawaian USB PD 3.1 60W atau 240W baharu akan meletakkan logo baharu yang menunjukkan secara jelas penarafan kuasa yang dibawakan oleh kabel berkenaan. Sungguhpun logo berkenaan menunjukkan 240W, ia juga digunakan pada kabel yang mempunyai penarafan 60W.

Begitu juga untuk kabel USB4 yang meyokong sama ada kelajuan 20Gbps atau 40Gbps, kedua-dua logo bukan sahaja meunjukkan kelajuan pemindahan data, malah turut menunjukkan kelajuan pengecasan.

Logo-logo baharu ini akan dipaparkan pada semua kabel, pengecas dan juga pembungkusan produk yang menerima persijilan berkenaan. Ia sepatutnya bertujuan memudahkan pengguna mengetahui penarafan kuasa dan pemindahan data yang ditawarkan oleh kabel berkenaan berdasarkan piawaian USB-IF.

Tidak dapat dipastikan apakah tindakan yang akan diambil oleh USB-IF jika terdapat mana-mana pihak yang memalsukan logo berkenaan. Kemungkinan ini tidak dapat ditolak memandangnkan terdapat lambakan produk palsu di pasaran pada ketika ini.

HDMI LA misalnya, telah menyertakan imej holografik dan kod QR bersama-sama logo bagi menentukan ketulenan sesebuah kabel HDMI 2.1 berkenaan.

Buat masa ini USB-IF belum lagi menyatakan sebarang langkah-langkah pencegahan bagi mengatasi masalah penyalahgunaan logo persijilan baharu berkenaan. Jika tiada sebarang langkah diambil dalam masa terdekat ini, maka fungsi dan peranan logo ini hampir tiada maknanya kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.