Utama Teknologi USB-IF dalam usaha henti guna jenama SuperSpeed, USB4 bagi tujuan Penyeragaman Logo...

USB-IF dalam usaha henti guna jenama SuperSpeed, USB4 bagi tujuan Penyeragaman Logo USB, Elak kekeliruan

649
0
USB IF Tiada SuperSpeed, USB4

USB Implementers Forum (USB-IF) yang bertanggungjawab memberikan garis panduan standard USB sedang dalam usaha menghentikan penjenamaan SuperSpeed dan USB4. Ia dilakukan bagi tujuan memudahkan pemahaman pengguna sungguhpun pengeluar tidak semestinya akan mengikuti jejak langkah yang sama.

Langkah ini juga merupakan salah satu usaha ke arah mencapai matlamat yang lebih besar untuk menjenamakan semula piawaian USB. Kumpulan terssbut juga pernah membawakan logo baharu untuk kabel, port dan pembungkusan pada tahun lepas.

Penjenamaan baharu ini untuk membantu pengguna memahami apa yang boleh dicapai bagi sesuatu standard dari segi kelajuan dan prestasi pemindahan data, dan juga kelajuan pengecasan.USB-IF-Logo-USB

SuperSpeed (juga dikenali sebagai USB 3) telah berada di pasaran lebih dari sedekad dan anda mungkin pernah melihatnya pada kotak kabel USB. Pada masa akan datang, USB-IF mahukan pengeluar kabel menggunakan “USB 10Gbps” menggantikan “SuperSpeed USB 10Gbps” dan “USB 20Gbps” bagi menggantikan “USB4 20Gbps.”

Untuk kabel yang menerima persijilan USB-IF pula perlu menyenaraikan kelajuan pemindahan data dan watt pengecasan.USB4-USB-PD-3.1

Perubahan ini dilaksanakan serta merta dan penjenamaan baharu mungkin akan mula muncul pada label dan pembungkusan menjelang akhir tahun ini. Garis panduan penjenamaan ini merangkumi produk-produk dengan sebarang jenis port USB kecuali USB 1.0 dan USB 2.0. USB-IF mengambil maklum USB 2.0 tidak perlu menggunakan “USB 480Mbps” kerana dibimbangi akan mencetuskan kekeliruan apabila pengguna menyangka ia lebih pantas berbanding USB 5Gbps.

Keperluan penjenamaan ini hanya tertakluk kepada peranti dan kabel yang menerima persijilan dari USB-IF. Hal ini kerana USB adalah standard terbuka dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang pengeluar untuk terus menggunakan penjenamaan SuperSpeed dan USB4.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.