Utama Telco TM Unifi TV beri Akses Siaran Percuma Bersempena Aidilfitri ini bermula dari 7...

Unifi TV beri Akses Siaran Percuma Bersempena Aidilfitri ini bermula dari 7 hingga 13 April

38
0

Unifi baru-baru ini telah mengumumkan tawaran siaran saluran percuma di Unifi TV bersempena perayaan Aidilfitri. Akses percuma tersebut boleh didapati bermula dari 7 April 2024 sehingga 13 April 2024.

Tawaran ini diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk untuk anda yang tidak melanggan perkhidmatan penstriman Unifi TV dengan memuat turun aplikasi Unifi TV pada peranti pilihan anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanya mendaftarkan akaun menggunakan nombor telefon anda. Bagi pengguna Unifi Home, anda boleh mengakses perkhidmatan berkenaan melalui aplikasi Unifi TV atau Unifi TV Box.

Perayaan Aidilfitri merupakan peluang terbaik untuk kita semua berkumpul sesama saudara mara dan kenalan bagi mengeratkan hubungan silatulrahim. Langkah memberikan akses secara percuma ke perkhidmatan penstriman dari Unifi TV ini juga memberikan peluang pendedahan yang lebih meluas kepada pelanggan-pelanggan baharu.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Unifi

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.