Utama Teknologi Unifi tawarkan Pelan 500Mbps & 800Mbps; harga dari RM249

Unifi tawarkan Pelan 500Mbps & 800Mbps; harga dari RM249

843
0

Sungguhpun beberapa penyedia perkhidmatan internet (ISP) lain telah pun menawarkan pelan berkelajuan sehingga 1Gbps sejak beberapa tahun yang lepas, TM Unifi bagaimanapun masih lagi menawarkan pakej 300Mbps sebagai pelan terpantasnya.

Hari ini TM telah mengorak langkah dengan melancarkan dua pelan jalur lebar fiber di rumah baharu dengan pilihan pakej terpantasnya, 800Mbps.

Sebelum ini, pelan Unifi 500Mbps dan 800Mbps telah ditawarkan dalam bentuk naik taraf ke Unifi Turbo. Ianya dikhususkan hanya kepada pelanggan-pelanggan Unfi 50Mbps dan 100Mbps yang melanggan sebelum 31 Disember 2018 dan tidak ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan baru.

Kini, pelan Unifi 500Mbps boleh didapati pada harga RM 249, manakala pelan unifi 800Mbps pula ditawarkan RM 349 sebulan. Kedua-duanya menawarkan kelajuan memuat naik sehingga 200Mbps dan didatangkan bersama-sama Unifi TV Ultimate Pack.

Pelanggan juga bakal menerima Unifi Plus Box bersama-sama sistem Wi-Fi mesh TP-Link Deco M9 Plus. Pelan ini didatangkan dengan kontrak selama 24-bulan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.