Penyedia perkhidmatan internet utama di Malaysia, Unifi kini sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktaraf infrastruktur di seluruh negara.
Disasarkan dapat diselesaikan dalam tempoh lebih kurang 24 jam, beberapa kawasan akan mengalami gangguan capaian sementara kerja-kerja sedang dilakukan.
Pihak Unifi telah memaklumkan berkenaan kerja-kerja tersebut menerusi akaun rasminya di Twitter. Tujuan penyelenggaraan dan naik taraf ini adalah bagi memberikan pengguna pengalaman penggunaan yang lebih mantap. Unifi juga menyatakan pihaknya akan memaklumkan kepada pengguna di kawasan yang terlibat jika terdapat gangguan capaian berikutan kerja-kerja tersebut.
#unifiPromise to give you the ultimate internet experience, we are currently undergoing maintenance and infrastructure upgrading works nationwide.
So should your area be affected, you’ll be notified via SMS from us. pic.twitter.com/w7IEfDrM0H
— unifi (@unifi) June 22, 2022
Maklumat tersebut akan disampaikan menerusi SMS dari pihak Unifi melalui nombor talian 66555. Penyedia perkhidmatan ini memaklumkan pihaknya kini sedang melakukan yang terbaik untuk mempercepatkan kerja dan mengurangkan kesan terhadap pengguna.