Utama Android Poco POCO F4 akan hadir ke pasaran Malaysia pada harga dari RM1,499

POCO F4 akan hadir ke pasaran Malaysia pada harga dari RM1,499

498
0

POCO F4 secara rasminya telah dilancarkan dan ia merupakan telefon pintar yang rendah sedikit keupayaannya berbanding POCO F4 GT yang dilancarkan di Malaysia pada April lalu. Sungguhpun mempunyai nama yang hampir sama, rekaan luarannya kelihatan amat berbeza jika dibandingkan dengan versi GT.

Untuk spesifikasinya, POCO F4 baharu ini menggunakan Qualcomm Snapdragon 870 dengan menampilkan paparan AMOLED 6.67-inci bersama-sama kadar penyegaran semula sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz. Paparan beresolusi Full HD+ dengan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision ini turut dilindungi oleh kaca Corning Gorilla Glass 5.

Fotografi POCO F4 menampilkan kamera utama 64MP f/1.79 yang juga mempunyai sistem penstabilan imej optikal (OIS), pertama seumpamanya pada telefon pintar keluaran POCO. Kamera belakang telefon pintar ini juga menawarkan kamera ultra-lebar 8MP f/2.2 dan kamera makro 2MP f/2.4. Pada sebelah hadapannya pula disediakan kamera 20MP f/2.45.

POCO turut melengkapkan telefon pintar ini dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang juga menyokong kadar pengecasan sehingga 67W. Pembelian POCO F4 ini turut didatangkan bersama-sama pengecas 67W yang membolehkan anda mengecaskan telefon ini sehingga penuh dalam tempoh 38 minit.

Rekaan luaran POCO F4 ini kelihatan berbeza dengan POCO F4 GT sebelum ini terutamanya pada corak permukaan belakangnya serta tatasusunan kameranya. Susunan kamera-kamera POCO F4 ditempatkan di dalam satu bulatan yang dikelilingi oleh satu segi empat.

Di Malaysia, POCO F4 boleh didapati pada harga RM1,599 bagi varian RAM LPDDR5 6GB dan storan UFS 3.1 128GB. Manakala bagi varian RAM 8GB dan storan 256GB pula dijual pada harga RM1,699.

Telefon pintar akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Jun ini secara eksklusif di kedai rasmi POCO di Shopee. Bersempena pelancarannya, kedua-dua varian POCO F4 akan dijual pada harga RM1,499 dan RM1,599 istimewa pada tarikh tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.