Utama Telco TM Unifi Mobile ubah Had FUP untuk Pas Bulanan Prepaid “Tanpa Had” kepada...

Unifi Mobile ubah Had FUP untuk Pas Bulanan Prepaid “Tanpa Had” kepada 60GB, Hotspot 5GB sahaja

664
0
Unifi Mobile Prepaid Tanpa Had FUP 60GB

TM akan melaksanakan perubahan besar terhadap had Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) untuk pas data bulanan “tanpa had” Unifi Mobile Prepaid. Di bawah polisi yang dikemaskini ini, pas bulanan yang berharga RM35 ini akan menggabungkan had data 4G dan 5G pada 60GB sebulan.

Bukan itu sahaja, kuota hotspot pas bulanan ini juga akan dikurangkan kepada 5G dan akan berkuatkuasa bermula 9 Februari 2023. Bagaimanapun, kuota FUP dan hotspot pas mingguan, harian dan 2 jam tanpa had masih lagi sama.

Perubahan baharu ini agak mengejutkan memandangkan TM baharu sahaja melaksanakan kuota FUP dan hotspot baharu lebih kurang tiga bulan lalu pada Disember 2022. Pada waktu itu, TM menetapkan polisi dengan memasukkan had FUP pada 100GB sebulan untuk penggunaan rangkaian 4G sahaja dan tidak melibatkan rangkaian 5G.

FUP yang disemak semula pada Disember lalu juga menetapkan had 20GB dan 10GB untuk pelan mingguan dan harian. Untuk hotspot pula ia dihadkan pada 10GB bagi pelan bulanan dan 3GB untuk pelan mingguan, serta 1GB sahaja untuk pelan harian.

Menerusi dokumen FAQ berasingan, TM menyatakan pengujian 5G untuk Unifi Mobile Prepaid akan tamat pada 8 Februari 2023. Setakat ini laman web Unifi Mobile masih lagi menunjukkan kuota FUP dan hotspot yang dilaksanakan pada Disember lalu. Notifikasi mengenai perubahan yang akan dilaksanakan di dalam minggu ini sudah pun mula dihantar kepada para pelanggannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.