Utama Telco TM Pelan ‘Tanpa Had’ Prabayar unifi Mobile untuk rangkaian 4G hadir dengan Had...

Pelan ‘Tanpa Had’ Prabayar unifi Mobile untuk rangkaian 4G hadir dengan Had Data FUP 100GB, Hotspot 10GB

733
0

uni5G diperkenalkan sejak pengaktifan rangkaian 5G untuk perkhidmatan unifi Mobile dimulakan pada Oktober baru-baru ini. Buat masa ini, pelan Pascabayar unifi Mobile dan Prabayar unifi Bebas menawarkan data 5G tanpa had, namun terdapat beberapa keterbatasan dikenakan untuk kelajuan pelan internet mudah alih yang lain.

Berdasarkan dokumen berkenaan Pas Data Tanpa Had Prabayar unifi Mobile, unifi telah menetapkan had kelajuan internet mudah alih 4G pada 5Mbps sahaja sungguhpun kelajuan 5G untuk Monthly Unlimited ditetapkan tanpa had.

Walaupun dilabelkan sebagai ‘Unlimited’ untuk pelan prabayar 4G, dokumen berkenaan menunjukkan had penggunaan data mengikut Dasar Penggunaan Saksama (FUP). Pengguna yang melepasi FUP berkenaan akan disekat kelajuannya pada 512kbps sahaja.unifi mobile 4G FUP Speed Cap

Penetapan tersebut mengikut pelan unifi Daily, Weekly dan Monthly Unlimited dengan masing-masing 10GB, 20GB dan 100GB. Cuma agak aneh sedikit untuk pelan 2 Hours Unlimited kerana tiada sebarang had FUP dan hotspot ditetapkan.

Perubahan pelan unifi Unlimited Prepaid ini bagaimanapun tidak melibatkan pada harga yang ditawarkannya. Untuk makluman anda  harga bagi pelan 2 Hours, Daily, Weekly dan Monthly Unlimited masing-masing adalah RM1, RM3, RM12 dan  RM35.Pelan prabayar unifi mobile

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.